Proses kelayakan Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia)

Proses awal

Pertama, calon hendaklah lulus semua lencana-lencana dari Lencana Keahlian, Lencana Kemajuan Pengakap Muda (Lencana Usaha, Maju dan Jaya serta 2 Lencana Kegemaran, 3 Lencana Pengetahuan dan 3 Lencana Perkhidmatan) pada peringkat Pengakap Muda (tingkatan 1, 2 dan 3) sehingga Lencana-Lencana Tertinggi (Lencana Jayadiri, Kemahiran, Kegiatan, Ekspedisi dan Perkhidmatan) pada peringkat Pengakap Remaja (tingkatan 4 dan 5).[1] Calon hendaklah merekodkan segala bentuk ilmu pengetahuan, kemahiran atau bukti ke dalam buku log masing-masing.[petikan diperlukan]

Ujian Sikap Pengakap Raja

Seterusnya, calon yang berkelayakan akan menyerahkan borang permohonannya kepada pesuruhjaya pengakap daerah masing-masing beserta buku log dan sijilnya (semua lencana yang telah diterima). Mereka akan dinilai semasa Ujian Sikap Pengakap Raja (Kem Pentaksiran Pengakap Pra-Raja) dan akan berlangsung selama 4 hari 3 malam, yang mempunyai komponen-komponen ini:
(1) Tanggungjawab,
(2) Pengembaraan,
(3) Perkhidmatan Masyarakat,
(4) Kegiatan dan;
(5) Berdikari.

Semua dokumentasi dan buku log yang dibuat oleh calon diperiksa sepenuhnya untuk penilaian oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Daerah.[petikan diperlukan]

Setelah calon melengkapkan dan lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, dia diakui dan diberikan keizinan untuk memakai Rambu Pengakap Remaja atau dikenali sebagai Anugerah Ketua Pengakap Negara, yang berwarna kuning diraja. Oleh hal yang demikian, calon mempunyai semua syarat yang siap untuk proses seterusnya.

Kem Penarafan Pengakap Raja

Setelah itu, calon kemudian perlu menghadiri Kem Penarafan Pengakap Raja (Kem Pentaksiran Pengakap Raja), 5 hari 4 malam yang akan dianjurkan oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri masing-masing. Penilaian sedemikian mengikut skema kebangsaan dan melibatkan:
(1) perkhemahan,
(2) model projek perintis,
(3) pertolongan cemas,
(4) perkiraan,
(5) simpulan dan ikatan,
(6) pentaksiran peta,
(7) latihan kawad kaki dan kawad tongkat,
(8) masakan rimba dari kayu api,
(9) masakan moden,
(10) lagu dan tarian tradisional,
(11) wawancara secara peribadi dan berkumpulan,
(12) pembuatan Bushman's Thong,
(13) pembuatan kraftangan dan banyak lagi.

Semua dokumentasi dan buku log yang dibuat oleh calon diperiksa sepenuhnya untuk penilaian oleh Lembaga Penaraf Pengakap Raja Negeri.[petikan diperlukan]

Setelah lulus semua ujian yang diperlukan, calon diberikan dan diizinkan memakai Bushman's Thong berwarna kuning, yang dibuat sendiri pada kem penarafan tersebut.[2]

Rujukan

WikiPedia: Pengakap Raja (Persekutuan Pengakap Malaysia) //scholar.google.com/scholar?q=%22Pengakap+Raja%22... //www.google.com/search?&q=%22Pengakap+Raja%22+Per... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Penga... //www.google.com/search?q=%22Pengakap+Raja%22+Pers... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Pengakap+Ra... http://www.terengganu.gov.my/maxc2020/portal/index... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://scouts.com.au/blog/2020/07/15/association-... https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian... https://scout41panindah.webs.com/kearahpengakapdir...